Analisis Mikrobiologi
Analisis microbiologi adalah penting bagi membangunkan rawatan alternatif untuk penyakit berjangkit, serta menjamin kualiti produk dan menggalakkan inovasi sambil mematuhi standard keselamatan. Penemuan-penemuan ini memberikan maklumat yang meluas mengenai sifat bakteria dalam sampel atau produk. TuAH menawarkan empat jenis ujian antimikrob yang mematuhi garis panduan ‘Clinical and Laboratory Standards Institute (CLSI)’, iaitu Ujian Resapan Cakera (Disk Diffusion Assay – DDA), Nilai Kepekatan Perencatan Minimum (Minimum Inhibitory Concentration – MIC) dan Kepekatan Bakterisid Minimum (Minimum Bactericidal Concentration – MBC), dan Ujian Kepekaan Antibiotik (Antibiotic Susceptibility Test – AST). Bakteria yang lazim digunakan adalah Staphylococcus aureus (ATCC 6538P), Escherichia coli (ATCC 8739), Pseudomonas aeruginosa (ATCC 15442), dan Bacillus subtilis (ATCC 6633).
UJIAN RESAPAN CAKERA (DDA)

Ujian Resapan Cakera merupakan ujian asas dalam mengamati kerentanan bakteria ke atas sampel atau produk. Dalam kaedah ini, diameter zon perencatan diukur dan kerentanan dan ketahanan kepada backteria akan ditentukan berdasarkan hasil ujian itu, mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
Kepekatan Perencatan Minimum (MIC) dan Kepekatan Bakterisid Minimum (MBC)


Nilai Kepekatan Perencatan Minimum (MIC) memerlukan kepekatan sampel atau produk yang berbeza. Ujian ini menyediakan data berkenaan kepekatan terendah sampel atau produk yang menghalang pertumbuhan bakteria. Ujian ini dilakukan di dalam 96-well plate dan analisis statistik turut dilakukan sebagai sebahagian daripada perkhidmatan. Data MIC diperlukan sebelum ujian Kepekatan Bakterisid Minimum (MBC) dijalankan. MBC dilakukan untuk mengenal pasti kepekatan terendah sampel atau produk yang dapat membunuh bakteria. Kedua-dua ujian ini penting dalam menghasilkan ubat antimikrob yang baharu.
Ujian Kerentanan Antibiotik (AST)

Ujian Kepekaan Antibiotik (Antibiotic Susceptibility Test) mengenal pasti keberkesanan antibiotik terhadap jangkitan bakteria yang tertentu. Ujian ini penting untuk menilai rawatan dan Langkah-langkah pencegahan sampel atau produk terhadap jangkitan tersebut. Perkhidmatan kami menawarkan pelbagai jenis antibiotik mengikut keperluan pelanggan.
Sertai kami, kami bersedia menawarkan anda perkhidmatan terbaik kami.
Contact
Nur Ezzaty Mohd Badrul Isham
03-5544 4526
nurezzaty.tuah@bioextreem.com
Bahasa Melayu
䏿–‡ (ä¸å›½)
English